|
|
| Saturday, 27-Feb-2010 21:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bacaan al Quran berlagu qari Mesir Sheikh Antar Musallam
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 4-Jan-2010 14:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bacaan al Quran olih Sheikh abdul Basit Abdul Samad
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 5-Feb-2007 14:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
List nama qari Mesir
|
|
Dibawah ini disediakan sedikit list nama2 qari Mesir yang membaca al Quran secara berlagu ( Taranum al Quran )
NAMA2 QARI MESIR
Sheikh Raghib Mustafa Ghalwesh
Sheikh Mustafa Ismael
Sheikh Abu Enin el Sheisha
Sheikh Syed Mitwalli
Sheikh Abdul Basit Abdul Samad
Sheikh Mahmud Ali al Bana
Sheikh Mohd Rif'at
Sheikh Abdul Atem Zaher
Sheikh Abdul Fattah al Sheshay
Sheikh Abdul fatah el Tarooty
Sheikh Antar Musallam
Sheikh Abu al Maathi
Sheikh Abdul Mun'am at Tukhi
Sheikh Abdul Wahab at Tantawi
Sheikh Ahmad al Rozaiqe
Sheikh As Syed Said
Sheikh Shahhat Mohd Anwar
Sheikh Dr Ahmad Nuaina
Sheikh Kamil Yususf Bahtimi
Sheikh Mahmud Abdul Hakam
Sheikh Mohd El Laythi
Sheikh Mohd Basyone
Sheikh Saaban as Sayad
Sheikh Toha el Feshney
Sheikh Mohd Siddiq al Minshawi
Sheikh Mahmud Siddiq Al Minshawi
Sheikh Siddiq Al Minshawi-
Sheikh Mohamad Habib Al Bellali
Sheikh Mohamad Mahmoud At Tablawi
Sheikh Ibrahim Al-Sheshay
Sheikh Hamde Zamel
Sheikh Helmi Al Jamal
Sheikh Javad Al Rafi
Sheikh Tareq Abdul Basit Abdul Samad
Sheikh Mohamad Emran
Dan lain2 lagi...
RUJUKAN
List nama2 qari Mesir itu diambil dari web
http://jemaahiqra.blogspot.com/
Harap rujuk web tersebut.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 22-Oct-2006 03:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Selamat hari raya idil fitri buat semua umat islam.
|
|
SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 1427 HIJRAH
Aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
Selamat hari raya idil fitri
Maaf zahir dan bathin
Kepada semua umat islam seluruh dunia
Samada yang kenal diri ku atau pun tidak.
Mudah2an dengan bakal timbulnya bulan syawal...bulan hari raya..
Maka akan bertambah2lah subur semangat taqwa
Dan juga semangat siratulrahim sesama saudara.
Insyaalah..
Amin..
|
|
|
|
|
|
| Monday, 31-Jul-2006 01:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Taranum al Quran isi hati dan jiwa
|
 |
|
lagu al Quran
|
|
|
TARANUM AL QURAN ISI HATI DAN JIWA
Aku suka membaca al Quran dengan berlagu - taranum al Quran..kerana ianya adalah satu cara buatku berusaha mendekatkan hati-jiwa ku kepada Tuhanku!
Ku dendangkan lagu tegas...penuh keyakinan kepada Tuhan ku...
Ku dendangkan lagu sedih penuh rayuan ...memohon kempunan kepada Tuhan ku.
Ku dendangkan lagu berentak kegembiraan ...memuji2 kesyukuran akan kebesaran Tuhan ku..
Dan berbagai2 lagu al Quran lagi....
Hanya Tuhanku sahaja yang tahu isi hatiku ketika membaca al Quran dengan berlagu!
Dan...
Aku lebih suka menjiwai yang tersirat dari yang tersurat...
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 11-Oct-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bulan Ramadhan, Tilawah al Quran Dan Puasa.
|
 |
|
bulan ramadhan
|
|
|
BULAN RAMADHAN, TILAWAH AL QURAN DAN PUASA.
Aku ucapkan selamat berpuasa di bulan ramadhan ini kepada semua umat islam dimana pun mereka berada.
Marilah kita memperbanyakkan beribadah di bulan ramadhan yang mulia dan penuh berkat ini!
Kita isi bulan ramadhan ini dengan berbagai2 ibadah dan kebajikan terutamanya ibadah ber tilawah al Quran!
Kita seru sekelian ahli keluarga kita supaya berpuasa di bulan ramadhan ini!
Kita seru sekelian kawan2 kita supaya berkumpul beramai2 mengaji al Quran di bulan ramadhan ini!
Kita seru sekelian umat islam supaya menyokong bulan ramadhan ini dengan bergerak bersama2 mengisi bulan ramadhan ini dengan berbagai2 kerja2 kebaikkan dan amal soleh!
Semoga usaha baik dan kerja2 amal kita di bulan ramadhan ini diredai olih Tuhan...Amin.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 10-Apr-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Taranum Al Quran Baca Ala Qari Mesir.
|
|
Aku maseh lagi berlatih membaca al Quran bersama2 kawanku seminggu sekali dirumah adikku. Kami sering berkumpul seminggu sekali untuk memfasihkan bacaan berlagu al Quran yang telah kami hafal. Selain daripada itu kami juga sering mengulang2kan hafalan ilmu tajwed yang telah kami pelajari.
Selain daripada itu kami maseh terus cuba mengkaji bacaan2 QARI MESIR dan lagu2 yang mereka bawa didalam bacaan mereka. Ada diantara kawan2ku yang telah pun menguasai dan boleh membaca seperti Sheikh Abu Eneen Al Sheisha. Maksudku ialah dari segi rentak lagu dan lenggok2 burdahnya.
Banyak sekali yang harus kami pelajari.
Kami bercita2 untuk berusaha membaca seperti QARI2 MESIR.
Kami cuba copy rentak lagu2, burdah, lenggok2 bacaan, gaya suara dan bermacam2 lagi supaya sama seperti qari2 Mesir.
Ada kawanku yang cuba meniru Sheikh Abdul Basit Abdul Samad.
Ada pula yang meniru Sheikh As Sayyed Said.
Ada yang meniru Sheikh Abdul Man'am At Tukhi dan bermacam2 lagi.
Sungguh ramai sekali Qari2 Mesir idola kami.
Kami cuba menerapkan dan menggabungkan berbagai2 macam tentak lagu didalam satu2 harakah lagu asalkan kedengaran harmonis dan menarik.
Jika kawan2 dan peminat seni taranum al Quran singgah ke Singapura, cubalah menghubungi kami di Sukarelawan Jemaah Iqra Singapura. Kami amatlah mengalu2kan salam persahabatan dari anda sekelian.
Alangkah baiknya kita dapat berkumpul bersama2 membaca dan berlagu al Quran kerana membesarkan dan mengagungkan Allah. Kami memang berusaha untuk menarik masyarakat Islam supaya sukakan majlis2 pembacaan al Quran dan budaya seni lagu al Quran.
Kami ingin melihat masyarakat Islam berbondong2 beramai menghadiri majlis Tilawah al Quran sebagai budaya hiburan dan santapan rohani mereka dan juga ahli keluarga mereka.
Sila dapatkan butir2 lanjut dihalaman kami.
http://jemaahiqra.blogspot.com/
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 2-Mar-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Qari Mesir Lagu Quran Sheikh Abdul Basit Abdul Samad.
|
|
Itulah dia photo QARI MESIR Sheikh Abdul Basit Abdul Samad.
Lagu Bayati yang dibawakan oleh QARI MESIR Sheikh Abdul Basit Abdul Samad adalah amat mudah dan ringkas.
Walau pun lagu bayati beliau tidak banyak harakat...tetapi irama lagu bayatinya begitu bertenaga dan bersemangat!
Kalau dibandingkan lagu2 bayati yang dibawakan oleh para2 QARI MELAYU kita yang biasa kita dengar di radio atau di majlis2 ujian Tilawah Al Quran....cukup jauh berbedza!
Begitulah perbedzaannya gaya dan lagu2 yang dibawakan oleh QARI2 MESIR jika dibandingkan dengan bacaan Al Quran berlagu dari Qari2 daerah kita.
Kawan2 dan semua peminat TARANUM AL QURAN seharusnya cuba memperbandingkan dan cubalah mendengar bacaan QARI2 MESIR supaya dapat menambahkan pengetahuan tentang perbedzaan rentak lagu QARI2 MESIR dengan gaya bacaan kita disini.
Dengan cara ini...maka sudah tentu kita akan lebeh maju lagi didalam bidang seni LAGU AL QURAN.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 8-Feb-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sahabat Taranum Al Quran Di Singapura.
|
|
Salah satu daripada kegiatan ku di Singapura ialah ... mencari sahabat2 dan kawan2 yang sebenar2nya mempunyai minat yang amat mendalam didalam bidang SENI LAGU AL QURAN!
Alangkah beruntungnya diri ini... jika mempunyai ramai kawan2 yang sama2 berminat membaca dan berlagu Al Quran!
Alangkah bagusnya dapat berkawan dan berkumpul... duduk mengaji dan ber Taranum al Quran bersama2..... tanpa mengira pandai atau bodoh!
Alangkah sejuknya dada ini... dapat memuji dan memuja Tuhan dengan cara membaca Al Quran beramai-ramai....bersama2 teman dan kawan2 yang jujur lagi ikhlas.
Manalah tahu mudah2an......
Kita akan lebeh kukuh bersatu hati didalam urusan agama.
Kita akan menjadi lebeh berani dan jujur menangani kelemahan diri sendiri.
Kita akan lebeh memahami diantara satu sama lain.
Mudah2an.....
Segala kehinaan di dalam hati kita akan bertambah berkurangan!
Mudah2an...
Kita akan di redaai Tuhan!........
Dan aku.... maseh mencari manusia2 yang seperti itu!
|
|
|
|
|
|
| Monday, 31-Jan-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Qari Timur Tengah, Qari Mesir Sheikh As Sayed Said.
|
|
Salah seorang daripada Qari2 Mesir yang membaca al Quran dengan cara berlagu yang aku minati ialah Qari Sheikh As Sayed Said. Beliau amat pandai melagukan al Quran.
Beliau sering membawakan lagu Rast dan lagu Sikah didalam bacaan al Quran yang dibacakan oleh beliau. Sheikh As Sayed Said mempunyai nada suara yang tegas, garau dan juga mempunyai kekuatan daya nafas yang tahan lama lagi panjang.
Apa yang menarik dari segi kebolehan membaca beliau ialah... ketika mewakafkan sesuatu bacaan pada hukum mad arid lil sukun. Ketika itulah beliau akan menggunakan kebolehan beliau memainkan suara dengan burdah2 yang menarik lagi memberangsangkan! Ini bolehlah kita dapati contohnya... pada bacaan beliau didalam surah Yusuf dan surah Al Qassas. Aku amat sekali meminati bacaan al Quran berlagu yang dibacakan oleh beliau.
Kalaulah beliau datang ke Singapura... tentunya akulah orang yang pertama sekali yang akan menyambut beliau.
Buat peminat2 seni Taranum al Quran... Cubalah dapatkan CD atau kaset2 bacaan beliau. Kawan2 juga boleh klick links dilelaman ini untuk mendengar bacaan al Quran berlagu dari Qari2 Mesir.....
Selamat mendengar....
Lihat photo Qari Mesir Sheikh As Sayed Said dan juga Qari Mesir Sheikh As Sayed Mitwalli di atas...
Ucapan terima kaseh kepada Sukarelawan Jemaah Iqra kerana kiriman Photo2 tersebut..
|
|
|
|