Want your
own Fotopage?







 
Terang's Blog
Taranum al Quran,Lagu al Quran,Tilawah al Quran,Musabaqah al Quran,Qari Mesir,Qari Singapura,Qari Malaysia,Qari Indonesia.
By: terang photo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 31-Jan-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
Qari Timur Tengah, Qari Mesir Sheikh As Sayed Said.

Sheikh As Sayed Said
Kaabah01
Kaabah02
Kaabah03
Sheikh As Sayed Mitwalli
Salah seorang daripada Qari2 Mesir yang membaca al Quran dengan cara berlagu yang aku minati ialah Qari Sheikh As Sayed Said. Beliau amat pandai melagukan al Quran.

Beliau sering membawakan lagu Rast dan lagu Sikah didalam bacaan al Quran yang dibacakan oleh beliau. Sheikh As Sayed Said mempunyai nada suara yang tegas, garau dan juga mempunyai kekuatan daya nafas yang tahan lama lagi panjang.

Apa yang menarik dari segi kebolehan membaca beliau ialah... ketika mewakafkan sesuatu bacaan pada hukum mad arid lil sukun. Ketika itulah beliau akan menggunakan kebolehan beliau memainkan suara dengan burdah2 yang menarik lagi memberangsangkan! Ini bolehlah kita dapati contohnya... pada bacaan beliau didalam surah Yusuf dan surah Al Qassas. Aku amat sekali meminati bacaan al Quran berlagu yang dibacakan oleh beliau.

Kalaulah beliau datang ke Singapura... tentunya akulah orang yang pertama sekali yang akan menyambut beliau.
Buat peminat2 seni Taranum al Quran... Cubalah dapatkan CD atau kaset2 bacaan beliau. Kawan2 juga boleh klick links dilelaman ini untuk mendengar bacaan al Quran berlagu dari Qari2 Mesir.....
Selamat mendengar....
Lihat photo Qari Mesir Sheikh As Sayed Said dan juga Qari Mesir Sheikh As Sayed Mitwalli di atas...
Ucapan terima kaseh kepada Sukarelawan Jemaah Iqra kerana kiriman Photo2 tersebut..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net